Pages

Thursday, January 19, 2012

SAINS DISEBALIK SEKOTAK LIMAU LOKAM...
Assalamualaikum n selamat berjumpa lagi...

Doh lama doh kawe tok berblog ni..bukan apa malas nok menulis..pada hal ari2 buka internet..harap2 tahun baru ni rajin la skit..mungkin ado cerita cerita yang menarik untukdikongsi...

Ni tak lama lagi nok sambut hari raya cina...ataupon Tahun baru cina..jatuhnya pada 23-24 Jan 2012 kalu tak silap la..(malas nak tgk kalendar)..skoloh pun cuti seminggu jugok tu..siap kena ganti lagi..jeles aku..Raya Haji cuti 1 Hari je..Terbalik doh di Malaysia ni..

Ni sempena Tahun Baru Cina ni..ado la sikit ilmu nak dikongsi skit..
Kita pernah makan buah limau mandarin ataupun limau lokam ataupon limau raya cina la senang cakap..
sapa tak pernah makan tu teruk benar la..




Ni la buah limau tu..

Jadi sambil-sambil makan limau lokam tu kita baca dulu Sains di Sebalik Sekotak Limau..

Limau mandarin cukup sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Rasanya sedap dan manis sekali. Pokoknya sederhana tinggi dan rendang dengan daunnya berwarna hijau pekat dan bunganya berwarna putih serta berbau wangi.Biasanya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada varieti. Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma.
Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

Tu la serba sedikit pasal khasiat buah limau lokam ni..Tapi bukan itu topik utamanya..ada yang lain lagi menariknya..

Biasanya kalu kita beli sekotak limau mandarin atau lokam ni kadang2 kita akan jupa 1-2 biji yang rosak.

Kalau kita dah beli limau tu jangan la cakap  "apa la apek ni jual limau buruk.."...bukan salah apek tu..dia tak tau apa pon..Sememangnya dalam sekotak tu akan ada yang akan buruk atau rosak..paling tidak pun
 1-2 biji..Kenapa ye..begini sebabnya..

Buah limau yang matang dari pohonnya dikutip dan dibungkus dgn plastik dan seterusnya dimasukkan ke dalam kotak...kejadian itu berlaku diperingkat ladangnya di Negara China..Semasa pembungkusan sebiji limau yang sudah masak juga dimasukkan ke dalam kotak itu..

Apa tujuannya memasukan sebiji atau 2 biji limau yang dah masak itu?...Tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses kemasakan/keranuman buah limau yang telah matang tadi..Buah limau matang tadi sebenarnya belum masak..tetapi apabila diletakkan bersama-sama dengan limau yang telah masak ia akan menjadi masak juga..Sama dengan buah pisang yang masak sebiji dan akhirnya setandan pun akan masak sama jika ia diletakkan bersama-sama dengan pisang yang sudah masak..

Kenapa ye..kerana buah yang telah masak sebenarnya menghasilkan sejenis  hormon yang dikenali sebagai Etilena atau pun dipanggil juga Etena. Etena adalah sejenis bahan kimia dari kumpulan Alkena yang mengandungi 4 atom Hidrogen (H) dan 2 atom Karbon(C) yang diikat secara ikatan dubel(double bond).
Kimia 201: Asas Kimia Organik..hehehe..


Etilena / Etena

Etilena ini boleh dihasilkan secara tindakbalas kimia dan juga secara semulajadi seperti buah yang telah masak..Etilena ini adalah sejenis gas yang tidak bewarna dan mampu merangsang buah supaya cepat matang atau masak dan juga merangsangkan pembukaan kelopak bunga..

Jadi dengan memasukkan sebiji limau yang telah masak adalah kaedah terbaik untuk mematang / memasakkan sekotak buah limau..Ianya adalah yang terbaik berbanding  menggunakan kaedah lain seperti menggunakan karbaid(ubat karbaid) yang agak bahaya kepada kesihatan..

Semoga Info ini dapat menambah ilmu anda semua..
Selamat Tahun Baru Cina 2012..
Gong Xi Fa Cai..
Selamat Makan Buah limau..

No comments:

Post a Comment